Thursday 25 July 2013

Gossip Gurlz Is My BestFriends Forever And Ever And Ever After !



Assalamualaikum. Hello Guys ! Today I'm so so so SAD. Cause of __________
   Pada hari Rabu, 24 Julai 2013 pukul 5.10 petang, cikgu suruh kami kemaskan barang2. Masa tu Syah memamg 'blur' sangat. Otak tak dapat fikir dengan jelas apa yang cikgu cakapkan. Maklumlah, berangan je kerjanya. Syah pun ikut je lah cakap cikgu. Nak balik, ada lagi 20 minit left. Mungkin nak pi Solat Asar kot? Tetapi yang peliknya,  kenapa semua muka kawan2 Syah yang lain, sedih, memprotes ? Okay, dari situ Syah dah mula PELIK. Syah pun apa lagi, tanyalah sahabat Syah yang sorang niey, Nathasya.
Me   : Awat niey?
Nata : Cikgu nak tukar tempat. Tak takot kea? *Angkat kening*
 
Papp !! Rasa nak tercabut aje jantung niey ha ! Terkejut sangat. Sangkanya, cikgu hanya main2 je. Rupanya, memang betul. Hmm.... Hati ni dah berdebar semacam je, tak selesa Syah dibuatnya. Syah rasa Syah tak boleh berpisah ngan Gossip Gurlz Syah. Syah sayang diorang. Syah sayang diorang !! *menjerit*
   One by one nama kena panggil untuk ditukarkan tempat. Masa tu Syah rasa mata ni dah panas dah. Sat gi pecahlah empangan dalam mata ni. Tiba- tiba, nama Nasuha dipanggil. Oh My Gosh ! Rasanya jantung nie berhenti berdegup sat. Cepat - cepat Syah pandang Nasuha, Nasuha dah bangun dari kerusi dah masa tu. Syah tanak berpisah ngan Nasuha. Nanti, dengan siapa Syah nak mengadu? dengan siapa Syah nak mengutuk? dengan siapa Syah nak bergossip? Nasuha dipindahkan ke belakang kumpulan sebelah. Jauh nun belakang sana. Saat itu air mata Syah dah membasihi pipi dah. Seorang ahli Gossip Gurlz dah pergi. :'(
   Then, nama mangsa pertukaran tempat bermula sekali lagi. Syah takut sangat masa tu. Syah pun peluk Nata kuat2. Syah tanak lagi seorang ahli Gossip Gurlz pulak yang tukar tempat. Nasib baik masa Syah peluk Nata, Nata tak elak. Nata dah biasa Syah buat camtu. Then.....
   Nata : Aisyah.... kenapa kau nangis?
   Me   : Aku tanak kau plak pergi.....
   Nata : Bukannya pergi manapun, kelas sama lagi kan. Buat malu aku ajelah kau ni.
Tiba - tiba , nama Nata dipanggil. Sekali lagi, jantung niey dah tak keruan. Takkanlah..... Sebelum tu, Syah sempat peluk erat2 si Nata ni. But, itu hanya sekejap. Pastu, Nata ditukarkan nun jauh kumpulan hujung sana. Kenapa jauh sangat? Kemudian, tempat duduk Nata digantikan dengan Dayang. Dayang memanglah sahabat Syah jugak. But, Syah tidak rapat sangat ngan si  Dayang niey. Nanti, mampukah Dayang bertahan macam Nata dengan sikap Syah yang gila2 niey? Mampukah Dayang membuatkan Syah ketawa ?

Banyak rahsia yang kami pendam diantara ahli Gossip Gurlz. Gossip Gurlz lah tempat Syah mengadu, memprotes, meluahkan segala yang terbuku di hati. Dalam hati Syah, Syah banyak tak berpuas hati dengan cikgu. Cikgu tak faham. Cikgu tak faham !! Syah mengaku, Syah ada perasaan TIDAK PUAS HATI dengan cikgu. But, apakan daya, Syah hanya seorang pelajar. Syah tak boleh melawan cakap cikgu yang telah banyak mengajar dan mendidik Syah. Syah terima. Maksud Syah, Syah akan CUBA terima.
   Walaupun, tempat duduk kami berubah, tetapi, apabila ada perkara2 yang nak diadukan kepada Gossip Gurlz, kami akan berkumpul seperti biasa. In Shaa Allah, persahabatan ini akan kekal till Jannah !
   




Just Remember Our FriendShip ! Sayang Gossip Gurlz gilak 2 ! I Love You, Darlings !! :*

                                                             Sincerely, From Me.. !

No comments:

Post a Comment