Saturday 11 May 2013

Sahabat Seperti Mereka



Assalamualaikum pembaca sekalian. Kabare, waras? Sudah berabad lamanya Aisyah tidak mengupdate citer2 terkini. Maklumlah sentiasa sibuk dengan Twitter & Facebook Aisyah. Aisyah bukanlah seorang yang pandai berblogging like my cute friend, Nabilah Az- Zahra. Kali ini Aisyah nak cerita pasal 'Sahabat'.

    Aisyah ada ramai kawan yang sudi membantu Aisyah tika Aisyah susah. Tidak kisah dari segi rupa, darjat mahupun pangkat seseorang sahabat itu,tetapi, seorang sahabat itu mampu mengubah hidup seseorang.Sahabat.... kerana kau aku tersenyum gembira dan kerana kau jualah aku menangis.

                                                   
    

Setiap orang pasti ada insan yang bergelar 'sahabat' right? Tipulah kalau kata Aisyah tidak ada 'sahabat' dalam hidup Aisyah.Aisyah ada ramai sahabat yang boleh dijadikan teman sehidup semati.Aisyah bersekolah di SMK (P) KAPAR. Jadi, sudah semestinya Aisyah bersahabat baik dengan kaum Hawa yang lain. Susah senang kami hadapi bersama. Antara sedar atau tidak, sudah hampir dua tahun kami bersama. Hubungan kami bagai adik-beradik. Bagai isi dengan kuku. Itulah peribahasa untuk kami. :')





Nampak tak perkataan pada gambar di atas? Then, faham tak what its mean? Kalau tak faham, buka Kamus Dewan, dan cari apa maknanya tu.FRIEND, A word with a wonderful mean.Aisyah sayang sahabat-sahabat Aisyah. Sayang sesangat. Harap hubungan persahabatan ini berkekalan till Jannah. Amin.. !
    Aisyah akan sebutkan satu persatu sahabat Aisyah yang Aisyah sayang sesangat with sifatnya. Kalau sudi baca, silakan..
    
Nurul Wahida, seorang yang tersangat comel. Dengan muka toyanya, peminat setia kumpulan Beast. Kadang-kala perangainya mampu membuat orang bengang.GAGAH, BULAT, GAJAH DUDUK, BB (nama panjangnya tidak boleh disebut kerana merupakan isu sensitif) merupakan antara nama panggilannya. Merupakan salah seorang ahli kumpulan 3G. Aisyah sayang Wahida !

Nur Atikah, namanya secantik pemilik nama ini. Mukanya yang bersih, sekali pandang sahaja pasti terpikat. Merupakan Ah Long di kelas kami. Tugasnya memastikan semua murid membayar duit kelas, jika tidak membayarnya, kepala kami akan dipenggal. Ngeri. GEMPAK, merupakan nama panggilanya. Walau bagaimanapun, Aisyah sayang Atikah !

Firzanah, budaknya comel sudah sedia maklum. Mukanya bersih tanpa sebarang jerawat membuatkan ia kelihatan seperti kanak-kanak Ribena. Orangnya tinggi lampai dan kurus keding. Mathematics merupakan mata pelajaran favouritenya. GALAH, BADAK merupakan nama panggilan dan ia mmg sesuai untuknya. Aisyah sayang Zana !

Ainahajira, orangnya keding, rendah semacam. Penghibur buat kami sekelas tika kami bersedih. Orangnya pandai membuat jenaka. Lawaknya tiada tandingan. Mampu masuk rancangan Bintang Mencari Bintang. Selain berlawak, menyanyi juga antara bakat terpendamnya. Kilauan Emas merupakan rancangan nyanyian utamanya. Mungkin. HAJIRA TAIYOB, AINA USOP, ETON merupakan nama samaran nya. Hidup Ainahajira's fan club ! Aisyah sayang Eton !

Dayang NurFarzana Sorfina, orangnya putih melepak. sekali pandang, serupa minah cina. Suaranya sedap, tetapi, disembunyikan.Nampak pendiam, tetapi hakikatnya, manyak cakap maa.. peminat setia k-pop, nama panggilannya.. tak pasti.. kerana sering berubah dari semasa ke semasa. Apa-apa pun, Aisyah Sayang Dayang !

Nurul Izzati, senyuman manisnya cukup memikat hati. Terlalu menjaga percakapan. Maklumlah, suara perempuan kan aurat. K-poppers juga. Shawol. Peminat Shinee. Well, seorang yang lemah lembut. Aisyah sayang Zatiey !

Rabiatul Nadia Izzati, orangnya kecil molek aje. Jangan pandang sebelah mata tau ! Kecil - kecil cili padi, tetapi, sekali kauu.. ! amekaww.. !! berani buat berani tanggung ! suaranya nyaring yang membuatkan ramai mata tertumpu apabila si comel ini mula berbicara. :3 BABY, nama yang sesuai untuknya serta nama manjanya di 'Rumahku Syurgaku'. Aisyah sayang Baby !

Nur Nabilah Az - Zahra, orangnya tidak terlalu 'keding ataupun terlalu 'kembang'. Penduduk tetap blogger. Zara Nabilah nickname dalam twitter, facebook,blogger.Peminat setia purple,cendawan, pink. Orangnya lemah lembut sekali jerit, terkejut badak sumbu semua.. ayoyo.. ! be careful with her. Dialah yang mengajar Aisyah tentang Blogger, Twitter semua niey.. Thanx Nabel, Aisyah sayang Nabel !

Damia Marissa, A big fan of Zizan Razak. Sanggup buat apa sahaja demi Zizang dia. Suka menyanyi di dalam kelas. Sampai Nabilah bengang dibuatnya. Minat akan nyanyian,lakonan. Aisyah suka menyakat dia about Zizan. nak tengok reaksi nya. Wahh... tak sangka ya dia marah kalau Aisyah kata Aisyah minat Zizan. haha. Aisyah sayang Damia !

Siti Nor Nadhirah, our ketua. Tegas. Suka buat 'free show' di hadapan kelas. Ahli Shawol juga. Peminat Shinee yang gila-gila.Sampai beg sekolah pun 'WAJIB' ada perkataan SHINEE WORLD ! Lahir sehari sebelum Aisyah lahir di bumi Allah ini. Kiranya, kembar tidak seiras langsung. Aisyah sayang Nad !

Nor Hashimah, orangnya montel dan comel semacam. Inilah ustazah pilihan kami. Wajahnya redup sahaja. Sekali gelak, habis berbirat badan siapa yang duduk di sebelahnya. Kadang-kala wajahnya keanak-anakan sedikit, kadang kala terlebih dewasa pulak. GLAMOUR adalah nama yang sesuai buat si dia. Aisyah sayang Shima !

Nicq Natasha Balqish, merupakan dua pupu Aisyah. Hard fan Big Bang bebenor. G Dragon merupakan 'bias' dia. Nazim Othman pulak skandal dia. Adik kepada RizuOne Forteen. Haihh.. apa-apalah Nicq, janji kau bahagia,cukup ! Sekali lihat seperti tiang TNB depan umah aje. Ada penyakit Anoreksia agaknya. Tetapi bila bercakap mengenai peha, memang sensitif yang teramat. Aisyah sayang Nicq !

Nor Ezatul Anira, sepupu Dayang. Budak Puncak Alam. Dari raut wajahnya, tahulah yang dia merupakan budak genius. Tidak banyak cakap. Tidak sangka Aisyah dapat kawan baru. Dia menggantikan tempat Syafiqah. Aisyah sayang Zatul !

Ummi Nadhirah, pendek. Orangnya chubby dan rendah, sesuai sangatlah tu. Kepalanya bulat dan agak sedikit besar like Shin Chan. Matanya membulat besar. Keluarga terkaya di dalam kelas kitorang. Tetapi, sekaya mana pun keluarganya. Dia tetap sahabat kami dan hamba Allah. Aisyah sayang Gendud !

Nurul Nasuha, nama panggilan belon atau badut McDonald. Apa pun nama panggilannya. Dia tetap kawan baik Aisyah. Dialah tempat Aisyah bergosip, lepaskan rasa tak puas hati. Tidak pernah terdetik pun Aisyah ingin memutuskan tali persahabatan ini.Aisyah sayang Nasuha !

Nurul Nathaya, orangnya simple. Kreatif. Rimas sangat dengan sikap Gudith yang menyibuk. Tak habis2 hendak menghuni si Nata ni. Fathullah Daniel. Nama itu sentiasa meniti di bibirnya. Duduk sebelah Aisyah. Harap2 Nata bersabar dengan sikap Aisyah yang bising dan tak duduk diam nie. Aisyah sayang Nata !



Kami sayang antara satu sama lain. Persahabatan kami akan berkekalan till Jannah. Bulan bukti persahabatan kami ini. Ke mana pun kami berada, Sahabat... akan sentiasa di hati.
                                               Aisyah bangga kerana ada sahabat seperti mereka. !

1 comment: